Thursday, December 13, 2018

BAYI KEMBUNG PERUT. APA MAMA BOLEH LAKUKAN?


Masalah kembung perut adalah normal dan kerap berlaku pada bayi terutama berumur kurang dari enam bulan. Abdomen bayi kelihatan kembung walaupun sebenarnya normal kerana ruang dalam abdomen masih kecil berbanding saiz organ lain dalam abdomen.

Apabila si kecil merengek dan menangis tanpa alasan yang jelas, cubalah untuk periksa bahagian perutnya. Jika perut bayi terasa agak keras, dan kerap buang angin, ini merupakan tanda bayi kembung perut.


Image result for bloating baby


Beberapa tanda lain juga menunjukkan badan  bayi berangin (gas dalam badan)
  1. Sedawa terlalu kerap
  2. Kelihatan tidak tenang
  3. Perut kelihatan kembung
  4. kerap menangis
  5. Perut keras 


Ada beberapa cara yang dapat dilakukan untuk membantu merawat sekiranya bayi anda dalam keadaan kembung.

1. Dukung bayi anda, tepuk belakangnya sehingga sedawa.

2  Senama Basikal. 
  • Baringkan bayi dan angkat kakinya ke perut untuk memaksa udara keluar melalui dubur.
  • Gerakkan kaki bayi seperti dia sedang mengayuh basikal beberapa kali kemudian angkat kakinya ke perut semula.
  • Ulang beberapa kali sehingga mengeluarkan angin.
3. Berikan air suam
  • Apabila perut bayi kembung, anda perlu memberi sedikit air suam untuk diminum. 
  • Di samping itu, anda juga perlu menggunakan air suam untuk mandi bayi. Langkah ini dapat memulihkan perut kembung bayi.
4. Melakukan urutan perut bayi
  • Urutan dilakukan di bahagian perut dan menggukan minyak urutan atau balm bayi untuk membantu bayi mengeluarkan angin dalam perut.

No comments:

Post a Comment