Kembung Perut sering terjadi kepada bayi yang berusia kurang daripada 6 bulan. Keadaan ini sering mencetuskan keadaan panik kepada ibu bapa. Sekiranya bayi anda kembung anda boleh melakukan senaman perut untuk bayi anda. ia adalah senaman yang mudah dan pastinya melegakan perut bayi anda.
Ikuti langkah langkah urutan berikut.
1. Letakkan bayi dalam posisi berbaring, dengan tubuhnya menghadap ke arah anda.
2. Bayangkan perut bayi anda seperti jam. kedudukan jam nombor 12 dibahagian atas. Nombor 6 dibahagian bawah, 3 dan 9 di sisi.
3. Gunakan hujung jari anda dan perlahan-lahan usap melingkari kepala bayi. mengekalkan hubungan mata dengan bayi dan melihat reaksi bayi anda tanda-tanda bayi dalam keadaan tenang, dan anda boleh memulakan urutan.
4. Ambil sedikit minyak bayi atau balm bayi dan gosok ia di tapak tangan anda untuk menghasilkan haba terutama di sekitar hujung jari
5. Letakkan tangan kanan anda ke perut bayi dan perlahan-lahan urut hingga ke pangkal paha Ulangi gerakan dengan tangan anda
6. Seterusnya, letak ibu jari anda bersama-sama di tengah perut bayi dan luncurkan tangan ke arah pinggang. Urutan lembut tetapi memberi sedikit tekanan,
7. 'gerakan matahari'. Dengan tangan kiri anda berada di kedudukan jam nombor 7, tapak tangan rata di atas perut dan gosok dalam bulatan di sekitar perut, berakhir di jam nombor 7 semula.
8. 'gerakan bulan sabit'. Dengan tangan kanan anda, bermula pada jam nombor 12 dan bergerak di sekitar perut, berakhir pada jam nombor 6.
9. Gabungan kedua-dua 'gerakan matahari dan sabit bulan'. Dengan tangan kiri anda melakukan gerakan matahari, sementara tangan kanan anda melakukan bulan secara serentak.
10. Relaxskan perut bayi anda dengan pegang pergelangan kaki bayi anda dan perlahan-lahan gerakkan ke atas dan bawah secara terus dan berulang.
11. Seterusnya, perlahan-lahan tekan lutut ke arah perut dan tahan dengan kiraan lima. Ulang beberapa kali.
12. Akhir sekali, letakkan kedua telapak tangan pada perut bayi selama beberapa saat. dan berikan pelukan pada bayi anda,
Dengan urutan yang sempurna ia bukan sahaja akan meredakan kembung perut tetapi ia juga akan mewujudkan masa yang istimewa untuk anda dan bayi, melahirkan rasa kasih dan sayang yang lebih erat.
No comments:
Post a Comment